5 Doa Terpilih Elak Anak Malas Belajar
5 doa-doa ini adalah dari ayatul Al-Quran. Tiada doa yang lebih mustajab, melainkan ayat suci Allah.
Pernah MD dengar, permintaan orang yang rajin dan sungguh-sungguh membaca Al-Quran lebih mudah makbul. Berbanding dengan orang yang kuat berdoa, tapi kurang membaca kitab Allah ini.
Doa mak ayah tiada hijab.
Tapi mesti yakin masa berdoa. Dan harap ia akan dimakbulkan.
Ok, ini 5 doa-doanya yang kita boleh amalkan bersama-sama.
Doa 1
Doa 2
Doa 3
Doa 4
Doa 5
Doa tanpa usaha adalah sia-sia. Kalau anak malas belajar, maka dia tetap jadi malas.
Kena ikut hukum Sunnatullah aka hukum alam. Ada usaha, ada doa dan berserah pada-Nya, Insyaallah makbul doa-doa kita semua.
Bukan senang jadi mak ayah. Bukan semata-mata bagi perut kenyang dan hantar anak sekolah.
Mak ayah adalah sekolah pertama anak-anak.
Berikut adalah tips anak jadi rajin, bijak dan cemerlang yang boleh diikuti:
1- Beri galakkan pada anak
2- Jangan banding anak-anak, hatta perkara yang kecil macam "Tengok adik tu makan bersih, awak habes bersepah"
3- Gunakan ayat yang baik-baik
4- Kawal anak tengok tv
5- Mak ayah kena korban cerita kesukaan, tak pun tengok bila anak-anak dah tidur
6- Elak mengugut anak, contoh "kalau periksa tak bagus, mak tak beli mainan yang abang nak tu"
7- Elakkan tinggikan suara dan marah, bertegas takpe
8- Tahan kehendak anak, itu akan buat dia menjadi lebih sabar
9- Sentuh ubun anak-anak dan nyatakan harapan dan nasihat kita padanya ketika dia sedang mamai mahu tidur. Waktu itu 'subconscious mind' sedang diaktifkan
10- Beri makanan yang baik-baik, elakkan fast food. Berikan minyak ikanuntuk menjadi cerdik dan bijak.
Selain dari itu, temanlah anak waktu dia belajar. Macam dalam drama-drama tu, buatkan susu panas ke air panas.
Mudahan anak kita cemerlang dunia dan akhirat.
Rujukan: panduanmalaysia.com

